Thursday 5 January 2012

Terbaru !! Kenyataan PMI USM difitnah ??

Mereka kata mereka difitnah. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh "Pmiusm Kampus Induk" (Officially) pada jam 06.50 petang (05 Januari 2012) [KLIK DI SINI]Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan "Pmiusm Kampus Induk." :

Khabar angin yang menyatakan PMIUSM akan menganjurkan demonstrasi adalah FITNAH. PMIUSM sama sekali TIDAK TERLIBAT dengan penganjuran mana-mana perhimpunan di USM dan kami tidak mengeluarkan ARAHAN kepada ahli-ahli untuk menghadiri perhimpunan tersebut. PMIUSM mengajak rakan-rakan mahasiswa untuk menghayati ayat Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 191, mafhumnya: "FITNAH ITU LEBIH BESAR BAHAYANYA DARIPADA MEMBUNUH".

Sejauhmana kebenarannya mereka difitnah?? Admin timbulkan persoalan sama ada mereka difitnah atau tidak dengan bukti 'print screen' berikut : 






Di samping itu, admin juga 'link' kan para pembaca dengan 'link di bawah : 


Siapa sebenarnya Arrazak Alhalim seperti nama yang tertera dalam bukti 'print screen' di atas ?? [KLIK DI SINI]
Siapa pula 'wandi' yang dimaksudkan oleh Yong Kin Yin ?? [KLIK DI SINI]
Dan siapa pula Yong Kin Yin ?? [KLIK DI SINI].

Anda lihat, anda baca, anda nilai. Admin tidak mahu menuduh sesiapa, apa lagi membuat fitnah. Kerana admin pun tahu "Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh." Untuk itu, admin 'link' kan tuan-tuan (para pembaca) dengan 'link' di atas agar segala persoalan terjawab. Post admin sebelum ini pun diletakkan 'tanda tanya' sebagai satu persoalan. Adakah itu dikira satu fitnah ?? Tuan-tuan nilailah sendiri kebenarannya. 

Sekian. Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment