Tuesday 10 January 2012

Hot !! Hassan Ali Kecewa Dengan Tindakan PAS ??

DUA peristiwa menarik berlaku di awal tahun 2012 iaitu pemecatan Dr. Hasan Ali daripada PAS dan pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat. Banyak pengajaran boleh didapati melalui kedua-dua peristiwa ini. Untuk sampai kepada suatu titik hukuman terhadap kes Anwar ia memakan masa hampir tiga tahun dengan lebih 50 kali penangguhan. 


Itu pun sebelum hakim membuat keputusan mahkamah dituduh tidak berjalan secara adil dan Anwar seringkali mencuba supaya hakim itu disingkirkan.

Tetapi keputusan terhadap Hasan tidak pula begitu. Ia berlaku secara drastik dan mengejutkan. Lazimnya apa pun peruntukan dalam peraturan parti, surat tunjuk sebab diberi terlebih dahulu. Selepas itu kalau ada kes barulah Hasan dibawa ke Jawatankuasa Disiplin supaya tindakan boleh diambil. Apakah tindakan itu dibuat hasil tekanan Azmin Ali ?? Apa hak untuk Azmin campur tangan isu rumah tangga parti lain ??

Anwar suatu ketika dahulu sebelum dipecat daripada UMNO diberi peluang untuk mempertahankan diri. Dia telah bercakap dan menyatakan pandangannya di Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum penyingkirannya berlaku. Paling tidak cara begini memberi ruang kepada keadilan mengambil tempat.

Tetapi Hasan tidak menikmati peluang itu. Kritikannya terhadap demonstrasi 901 menyebabkan tindakan pemecatan dilakukan secara drastik. Hasan memberi pandangan secara peribadi kerana PAS mengamalkan politik demokrasi.

Janganlah sistem syura yang ada digunakan untuk menyekat pandangan peribadi di kalangan ahlinya. Kalau isu begitu pun nak dirujuk pada syura yang dikuasai oleh kelompok tertentu, pandangan yang berbeza tidak mungkin akan diraikan.

Dengan pihak lain PAS mahukan ketelusan terjadi. Tetapi dengan diri sendiri, PAS membelenggu pandangan yang berbeza dan menyebabkan konflik terjadi. PAS mahu apabila syura memutuskan sesuatu, setiap anggota kena patuh. Tetapi kalau yang dominan membuat keputusan dalam syura ialah pihak yang berkepentingan bagaimana ketelusan boleh terjadi.

Kepatuhan kepada perjuangan organisasi memanglah baik. Tetapi harus ada ruang berbeza pendapat supaya sesuatu isu dapat didekati secara pro dan kontra. Maka baru lahir idea-idea segar dan kebebasan.

Tetapi apabila pandangan berbeza dilontarkan lalu kuasa digunakan untuk memecat orang yang berkaitan maka kaedah autokratik mengambil tempat.

Kes Anwar ini menjadi lebih menarik lagi kerana ia dikaitkan dengan isu konspirasi. Kerajaan dan UMNO dituduh melakukan konspirasi yang berniat jahat terhadapnya. Lalu tuduhan itu dianggap sebagai fitnah jahat untuk menghapuskan riwayat politik Anwar.

Dalam kes liwat ini jika konspirasi benar-benar berlaku bakal melibatkan para doktor, pakar forensik, ahli politik, ahli undang-undang, para hakim dan ramai lagi. Kalaulah ia suatu konspirasi tidak mungkin Anwar terlepas daripada hukuman. Sudah tentu konspirator dan sekutu-sekutunya akan menjalankan kerja sehingga kesudahannya memihak kepada mereka.

Keputusan yang ada ternyata memihak kepada Anwar. Apakah dakwaannya dulu direka cipta untuk menamatkan karier politik dan menyekat beliau untuk sampai ke Putrajaya ?? Ternyata fitnah itu meleset.

Yang berlaku di sebaliknya. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus walaupun penerimaan pro dan kontra adalah suatu perkara biasa.

Kalau begitu tuduhan terhadap kerajaan dan mahkamah selama ini adalah tidak betul. Sejak kes liwat pertama dahulu, isu konspirasi berbangkit. Malah pihak yang menuduh tidak pernah ada bukti yang nyata dan kukuh. Ia digunakan sebagai senjata politik untuk membina persepsi buruk terhadap orang lain.

Menariknya kenyataan Dr. Hasan di rumahnya selepas dipecat menyatakan faktor Anwar menjadi sebab dirinya disingkirkan. Hasan tidak rela menjadikan Anwar sebagai pemimpinnya. Ini adalah suatu kenyataan yang berani walaupun Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang tahu sedikit sebanyak siapa Anwar itu sebenarnya.

Keberanian seperti inilah yang perlu ada dalam PAS supaya menegakkan kebenaran sentiasa menjadi obor perjuangan yang tidak ada tolak ansurnya.

Dengan pemecatan Hasan itu, kedudukannya sebagai Exco kerajaan negeri yang berkaitan dengan agama akan terjejas. Beruntunglah pakatan pembangkang di Selangor kerana manusia yang prihatin tentang isu pemurtadan sudah disingkirkan.

Maka akan berbahagialah PAS Selangor kerana orang yang berani menghadapi kemungkaran najis arak dan maksiat sudah tidak lagi berperanan. Dan lebih berbahagia lagi adalah DAP yang tidak lagi perlu berhadapan dengan orang yang selalu melakukan "social policing" di Selangor sudah tidak mempunyai kuasa lagi.

Lebih-lebih lagi Anwar yang tidak bersetuju dengan tindakan Hasan bersama dengan JAIS cuba menangani isu pemurtadan DUMC pada 3 Ogos 2011 akan berasa lega dengan ketiadaan Hasan.

Kalau Anwar tidak menyenangi Hasan ia masih boleh difahami. Tetapi sikap rakan-rakan dalam PAS Selangor tidak bersamanya, ia adalah suatu hal yang menyedihkan. Tambah pula kepimpinan Pas Pusat yang dikuasai oleh pihak Anwarinas, sudah tentu Hasan mudah menjadi mangsanya. 

Sumber : UM.

No comments:

Post a Comment