Tuesday 10 January 2012

Shahnon Ahmad Pula Kecam Dasar Kepimpinan PAS Kerana Kerjasama Dengan DAP !!

Disebalik keriuhan pemecatan Datuk Dr.Hassan Ali, seorang veteran PAS yang juga penulis buku kontroversi SHIT, Shahnon Ahmad telah bangkit menyuarakan ketidaksenangan akan kerjasama politik diantara PAS dan DAP kerana bercanggah katanya dengan politik Islam. Hubungan politik antara PAS dan DAP sebenarnya telah membawa perjuangan PAS jauh terpesong diatas landasan hendak memperjuangkan Islam.


Beliau turut mengkritik Dewan Ulama PAS yang dilihat seperti "tongkol kayu" kerana takut untuk menyuarakan dakwah politik Islam yang sebenar. Hj. Hadi dan Nik Aziz juga dilihat gagal dalam memimpin PAS disebabkan pengaruh besar golongan profesional di dalam kepimpinan PAS. Ulama takut bersuara untuk menyatakan kebenaran kerana menjaga kepentingan diri dalam parti dan takut dikecam oleh ahli parti sendiri seperti yang dihadapi oleh Dr. Hassan Ali yang "diterajang" dari PAS seperti pengkhianat mereka akibat pengaruh besar keputusan golongan yang mendakwa profesional di dalam PAS yang menjadi "keldai-keldai "Anwar di dalam PAS.

Penguasaan golongan profesional juga kata Shahnon Ahmad punca PAS hilang hala tuju dalam membawa perjuangan Islam yang sebenar.Pengaruh sekularisme yg membusuk di dalam PAS ini sebenarnya dibawa oleh golongan yang mendakwa diri mereka profesional di dalam PAS. Sebab itu DAP pun boleh diambil sebagai rakan mereka padahal mereka tahu DAP tidak akan suka istilah menubuhkan negara Islam dan Hudud. Semuanya kerana mahukan kuasa dan pangkat semata-mata tanpa fikirkan balik apa yang diwasiatkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Shahnon juga mempersoal atas disiplin ilmu apa yang mendakwa mereka itu profesional PAS. Sebenarnya ramai kepimpinan PAS yang mendakwa mereka golongan profesional padahal mengaji tak tinggi mana pun, cuma pandai berceramah sahaja. Contohnya seperti Mat Sabu. Dulunya hanya jadi ayam tambatan PAS sahaja dipentas ceramah, kini sudah jadi Timbalan Presiden PAS. Mungkin inilah yang dipersoalkan oleh Shahnon Ahmad, atas ilmu apa yang Mat Sabu boleh menang ?? Takkan ilmu pikat janda orang ?? Biasalah,kebanyakan pemimpin dan ahli PAS suka sapu bini dan anak orang seperti kata Dr. Hassan Ali yang katanya Hj. Hadi lebih layak jadi PM sebab dia tak sapu anak dan bini orang macam sesetengah pemimpin dan ahli PAS.

Gabungan pertahan kuasa bercanggah amalan politik Islam : Shahnon.

GEORGETOWN: Veteran PAS, Prof. Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad menyifatkan kerjasama PAS dengan DAP dalam gabungan pembangkang bercanggah amalan politik Islam yang diajar Rasulullah SAW.

Beliau yang juga Sasterawan Negara, berkata Rasulullah S.A.W. tidak pernah bekerjasama dengan kaum bukan Musyrikin Madinah seperti dilakukan PAS ketika ini sebaliknya hanya mengikat kata sepakat melalui Perjanjian Hudaibiyah.

Justeru, ahli PAS seumur hidup itu menolak kerjasama antara PAS dan DAP kerana ia tidak sama dengan pendekatan diambil Rasulullah S.A.W.

“Dasar politik PAS sekarang ini langsung tak sama dengan amalan politik Rasulullah S.A.W. bersama sahabatnya ketika membentuk Madinah,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Shahnon adalah bekas Ahli Parlimen Sik dari 1999 hingga 2004 dan bersara daripada politik kerana masalah kesihatan selain ingin menumpukan perhatian terhadap dunia kesusasteraan.

Beliau diiktiraf sebagai Sasterawan Negara kedua pada 1982 dan menghasilkan pelbagai karya sastera seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan novel kontroversi bertajuk Shit pada 1999.

Dalam perkembangan yang sama, Shahnon turut membidas Dewan Ulama PAS yang semakin hilang taringnya dalam menyuarakan dakwah politik Islam kerana hendak menjaga hubungan dengan DAP.

Katanya, hampir semua ulama PAS termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat gagal memainkan peranan mempertahankan Islam dan pengaruh mereka mula dibayangi golongan profesional PAS.

“Malah, saya sendiri sebenarnya tidak berapa faham dengan perjuangan dan latar belakang golongan profesional PAS ini. Apa disiplin ilmu individu yang mendakwa mereka adalah pemimpin profesional PAS ini?

“Kesimpulannya PAS sekarang tidak sama macam dahulu dan saya langsung tidak bersetuju dengan dasar politik semasanya selain konsep kerjasama pemimpin PAS dengan DAP,” katanya.

Sumber : Keris Pusaka [KLIK DI SINI].

No comments:

Post a Comment