Saturday 3 March 2012

Tu dia !! Mahfuz nak jadi PM der !!

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam pilihan raya itu akan datang.

Sebaliknya, beliau mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding mempertahankan kerusi parlimennya, Pokok Sena, dalam pilihan raya umum akan datang.

"Confirm satu kerusi. Pokok Sena. Insya-Allah, (saya pertahan kerusi) Pokok Sena kalau diizinkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di situ.

"Saya nak bertanding parlimen, macam mana saya nak jadi MB (menteri besar)," katanya berseloroh.Mahfuz mengulas desas-desus kononya beliau akan bertanding kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Azizan kini berdepan dengan 'kemelut' dalam pentadbirannya susulan dua exco kanan - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh - enggan mengangkat sumpah bagi menyambung semula tugas sebagai exco.Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata beliau tidak ada niat untuk bertanding kerusi DUN walaupun ada cadangan di kawasannya supaya beliau berbuat demikian.

"Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak. Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM," katanya sambil ketawa besar.


Read More : [KLIK DI SINI]

Thursday 1 March 2012

Pemimpin PAS Dedah PKR Yahudi ,Hamas Kecam Anwar Gay !!


Anwar yang mengiktiraf dan mementingkan keselamatan sebuah negara Israel mendapat kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Jika Wall Street Journal tersalah lapor masakan Jerusalem Post akhabar Israel menyambut baik dan memberi pujian kepada Anwar.

Pendedahan Anwar yang pro Israel membuatkan gerembolan pakatan menjadi gelabah.Untuk menutup cerita tersebut mereka mengaitkan negara Malaysia mempunyai hubungan perniagaan dengan Israel,namun dengan menggunakan hujah dangkal cubaan menipu rakyat Malaysia ternyata gagal apabila surat Tun M didedahkan kepada umum.

Anwar yang gelabah dalam situasi ini bergegas ke luar negara,bertemu pemimpin Arab hanya sekadar bersalaman bertegur sapa,gambar diambil dan kemudiannya spin oleh media pakatan kononnya Anwar begitu akrab dan rapat dengan pejuang Palestin.

Paling menarik ada gambar Anwar bersama pemimpin Hamas,berkokok sakan juak haprak pakatan kononnya Anwar adalah pejuang untuk rakyat Palestin.

Hari ini terbukti Anwar berbohong apabila pengerusi biro politik Hamas sendiri mengecam tindakan Anwar yang menyokong keselamatan Israel.

Hamas hari ini menafikan pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi.

"Saya dimaklumkan mengenai kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel. Kami selaku pertubuhan Islam yakni pergerakan Hamas tidak ada kaitan dengan kenyataan itu," katanya dalam wawancara yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam ini.

Kenyataan itu dianggap satu tamparan kepada Anwar yang sebelum ini mendakwa telah bertemu dengan pemimpin Hamas, Khalid Mashal di Qatar bagi menjelaskan kontroversi berkenaan.- Utusan.

Read more : [KLIK DI SINI]

Thursday 23 February 2012

Baiah Pas !! Antara agama dan parti !!


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Pas sepatutnya mewajibkan calonnya berbai'ah menolak mana-mana pemimpin yang terpalit dengan video seks ; tuduhan liwat; menggadai kalimah Allah ; membawa idealogi pluralisme serta menyokong keselamatan Israel.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, ini kerana terdapat pemimpin sedemikian dalam pakatan pembangkang dan tindak-tanduk tersebut jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya ingin mengingatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jangan sampai menang sorak Islam tergadai.Sepatutnya mereka berbai'ah menentang pemimpin yang terpalit dengan masalah moral, mempersendakan Islam dan menyokong Israel.

"Jangan kita berbai'ah hanya kerana kemaruk kuasa politik dan saya melihat tindakan terdesak ini menunjukkan Abdul Hadi sendiri tidak percaya kepada kesetiaan calon Pas," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam Abdul Hadi mengumumkan bahawa Pas mewajibkan setiap calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti berbai'ah dan sesiapa yang melanggar bai'ah tersebut akan celaka dunia dan akhirat.

Pada pilihan raya 2008, calon Pas juga diarahkan berbai'ah mencerai isteri masing-masing dengan talak tiga jika mereka meninggalkan perjuangan parti itu sehingga mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak, kerana bai'ah tersebut menganiaya kaum wanita.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Angkatan Muda PKR, SD Johari Yasin berkata, tindakan Abdul Hadi bukan sahaja jumud, malah memberi gambaran buruk kepada orang bukan Islam kerana mereka melihat langkah itu sebagai tidak demokratik.

Pada masa sama, beliau juga percaya tindakan mewajibkan bai'ah itu bukti Pas sebenarnya berada dalam keadaan terdesak ekoran sokongan orang Melayu terhadap parti berkenaan berada pada tahap terendah selepas pilihan raya 2008.

"Pas bimbang bukan sahaja tentang sokongan orang Melayu tetapi takut calon mereka beralih arah kerana Pas sedar, mereka sering tunduk kepada Parti Keadilan Rakyat, DAP termasuk dalam isu akidah sebab itu digunakan kaedah autokratik seperti ini," katanya. - Utusan Malaysia.

Tuesday 31 January 2012

Tahniah !! Pulau Pinang Nak Bina Tugu Guan Eng Pulak !!

Seperti yang dilaporkan oleh Blogger MPP,Kerajaan regim DAP akan mengeluarkan satu tender terbuka untuk membina patung Ketua Menteri di kesemua jalan masuk ke negeri ini.

Atas kecekapan menghapuskan hutang 600 Juta, Regim Lim Guan Eng mahu rakyat Pulau Pinang tahu khalifah teragung inilah yang banyak membantu rakyat .

Tugu Guan Eng akan dibina bertitik tolak apabila seorang Chauvanis Ultrakiasu rasis membuat aduan gambar Guan Eng tidak digantung disebelah gambar Yang Di-Pertuan Agong di sebuah balai Polis. Rentetan daripada itu kerajaan negeri berpendapat membina tugu adalah lebih berkesan daripada mengantung gambar Guan Eng.

Menurut Exco Pelancongan Pulau Pinang, YB Danny, pembinaan tugu Guan Eng akan menjadi tarikan pelancong dan secara tidak langsung akan meningkatkan taraf ekonomi negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri turut akan menyenaraikan tugu Guan Eng sebagai salah satu warisan kerajaan Pulau Pinang agar dapat diingati oleh golongan muda.


Dari Admin : Nanti dah siap tugu tu, bolehlah pi hidang buah banyak-banyak kat situ pulak..

Hot !! PAS Bengang Bila Anwar Sindir Ulama PAS Tak Pandai Bahasa Inggeris ??


Satu demi satu masalah dengan Anwar yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Malah Anwar semakin menjadi liabiliti kepada mereka.

Dengan kenyataan Anwar apabila ditemubual yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal jelas membangkitkan kemarahan ramai di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri. Puak-puak UMNO sudah pasti mengambil peluang dari keterlanjuran Anwar ini.

Selepas Ketua Pemudanya mengeluarkan kenyataan, terbaru, Ustaz Harun Taib atas kapasiti sebagai Ketua Dewan Ulama pula mengecam Anwar kerana menyokong Israel dalam pada PAS yang selama ini bermati-matian memberi pelbagai kenyataan membantah kekejaman Israel serta berkali-kali mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat mengecam Israel, tiba-tiba Anwar pula menyanggah PAS dengan menyokong Israel.

Walaupun Anwar cuba membetulkan kenyataannya namun ramai menganggap itu hanyalah sebagai helah yang difikirkan selepas kesilapannya ditegur orang – apa yang orang putih panggil “an after thought.”

Keterlanjuran kata-kata ini menyusul selepas pelbagai keterlanjuran yang dilakukan oleh Anwar. Satu demi satu, Ustaz Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama. Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua agama ini.

Dalam hal ini, Anwar sekali lagi menyalahkan puak ulama bahawa mereka tidak faham bahasa Inggeris. Dalam perbualan dengan beberapa orang yang menegur Anwar atas keterlanjuran Anwar dalam kenyataannya di WSJ, Anwar sekali lagi mengatakan “depa tak reti Inggeris.”

Jawapan yang sama Anwar guna ketika menjawab apabila bantahan terhadap ucapannya menyokong Pluralisme Agama di London dan temubualnya yang mengatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah seks sebagai kuno dan perlu dipinda yang disiarkan dalam BBC.

Siri keterlanjuran Anwar ini amat tidak disenangi oleh ustaz-ustaz di dalam PAS. Di kalangan pimpinan PAS, isu liwat dan video seks sudah sukar untuk ditolak lagi. Hampir keseluruhan ahli dalam Dewan Ulama PAS yakin dengan video Eskay dan lebih separuh dari barisan pimpinan percaya dalam isu liwat II Anwar ini.

Sebab itu ramai di kalangan pimpinan PAS mengelak dari hadir di kediaman Anwar apabila dijemput untuk ke majlis “solat hajat dan doa selamat” malam sebelum 901. Seorang yang bercakap dengan IB secara bersemuka mengatakan bagaimana mungkin beliau hendak menadah tangan untuk berdoa ke atas kemungkaran.

Malah ramai di kalangan “Anwariyyun” (atau yang kini digelar parasit) percaya isu video Eskay. Mereka semacam masih “bersama” sekadar kepentingan permainan politik sahaja.

Setakat pergaulan dan pertemuan IB dengan beberapa pimpinan PAS isu moral Anwar jelas menjadi liabiliti besar kepada mereka malah ianya sedikit mengugat keimanan yang sentiasa dibisikkan dengan pelbagai persoalan kerana terlibat sama “mempertahankan” Anwar.

Sebab itulah apabila Azmin ingin mengumpulkan 100,000 untuk 901, sasaran tersebut tidak tercapai. Ini kerana pimpinan PAS tidak langsung memberi arahan untuk menggerakkan ahli mereka hadir di mahkamah pagi tersebut. Mat Sabu sendiri pun antara orang yang awal percaya dengan masalah moral Anwar ini. - AIDC.

Sumber : Empayar Pemuda

5 Juta di Pulau Pinang Hanya Untuk Dibuang ??









Kalau pembaca nak tahu, gambar di atas adalah tempat letak kereta di Bukit Bendera, Pulau Pinang yang berharga RM5 Juta. Setelah siap, tempat letak kereta ini tidak dapat digunakan kerana ianya hanya muat untuk kereta kancil. Tempat letak kereta ini juga tidak mempunyai lif walaupun setinggi ini ia dibina.

Akhirnya Kerajaan Negeri di bawah DAP mengambil keputusan untuk merobohkan tempat letak kereta ini dan menggantikan dengan yang baru. Penduduk membidas tindakan untuk memusnahkan bangunan tempat letak kereta baru yang bernilai jutaan ringgit ini.

GEORGETOWN : Penduduk yang tinggal berhampiran bangunan tempat letak kereta bertingkat Stesen Bukit Bendera di sini membidas cadangan Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu merobohkan bangunan baru berkenaan. Mereka berpendapat tindakan merobohkan bangunan tempat letak kereta bernilai RM5 juta itu sebagai membazir dan menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dalam menangani masalah rakyat.

Lim Cheng Cheng, 57 berkata kerajaan negeri tidak sepatutnya merobohkan bangunan itu, sebaliknya membaiki struktur tertentu seperti meluaskan laluannya supaya ia boleh digunakan pengunjung Bukit Bendera dengan kadar segera. “Pembayar cukai menjadi mangsa hanya disebabkan kesilapan beberapa individu terbabit dalam pembinaan tempat letak kereta ini dan saya tidak tahu hendak kata apa lagi dengan pengumuman kerajaan negeri ini.

“Pemimpin kerajaan negeri sewajarnya tahu bahawa langkah itu sebenarnya membazir saja, bukankah lebih baik bangunan ini diubah suai saja kerana ia lebih menjimatkan wang pembayar cukai,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam. Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan bahawa tempat letak kenderaan yang tidak dapat digunakan kerana gagal memperoleh Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana rekaannya yang lemah itu akan dirobohkan, direka bentuk dan dibina semula.

Pembinaan bangunan baru itu mengambil masa kira-kira 15 bulan untuk disiapkan membabitkan kos antara RM5.5 juta hingga RM6.75 juta. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen ketika mengulas perkara itu mahu Guan Eng selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu agensi bertanggungjawab menguruskan projek dibiayai Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Pelancongan bertanggungjawab dan memberi penjelasan.

Seorang lagi penduduk, Wong Yew Aun, 28 menyifatkan langkah kerajaan negeri merobohkan bangunan tempat letak kereta itu sebagai tidak wajar dan kurang bijak kerana membazir wang rakyat. “Sepatutnya kerajaan negeri membantu rakyat menjimatkan dana awam tetapi perkara sebaliknya yang berlaku apabila kerajaan negeri lebih suka membazirnya demi membina tempat letak kereta baru,” katanya.

Tindakan Kerajaan DAP itu seolah-olah mencampakkan duit RM5 Juta ke laut di Pulau Pinang. 

Kalau kerajaan BN buat, mereka akan cakap projek gagal. Kalau macam ni pulak, nak panggil apa ye?? Bodoh bertingkat-tingkat macam tempat ni jugak. Hangpa pikiaq la sendiri !!

Sumber : Keris 7 Lok & My Massa.

Tuesday 10 January 2012

Hot !! Hassan Ali Kecewa Dengan Tindakan PAS ??

DUA peristiwa menarik berlaku di awal tahun 2012 iaitu pemecatan Dr. Hasan Ali daripada PAS dan pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat. Banyak pengajaran boleh didapati melalui kedua-dua peristiwa ini. Untuk sampai kepada suatu titik hukuman terhadap kes Anwar ia memakan masa hampir tiga tahun dengan lebih 50 kali penangguhan. 


Itu pun sebelum hakim membuat keputusan mahkamah dituduh tidak berjalan secara adil dan Anwar seringkali mencuba supaya hakim itu disingkirkan.

Tetapi keputusan terhadap Hasan tidak pula begitu. Ia berlaku secara drastik dan mengejutkan. Lazimnya apa pun peruntukan dalam peraturan parti, surat tunjuk sebab diberi terlebih dahulu. Selepas itu kalau ada kes barulah Hasan dibawa ke Jawatankuasa Disiplin supaya tindakan boleh diambil. Apakah tindakan itu dibuat hasil tekanan Azmin Ali ?? Apa hak untuk Azmin campur tangan isu rumah tangga parti lain ??

Anwar suatu ketika dahulu sebelum dipecat daripada UMNO diberi peluang untuk mempertahankan diri. Dia telah bercakap dan menyatakan pandangannya di Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum penyingkirannya berlaku. Paling tidak cara begini memberi ruang kepada keadilan mengambil tempat.

Tetapi Hasan tidak menikmati peluang itu. Kritikannya terhadap demonstrasi 901 menyebabkan tindakan pemecatan dilakukan secara drastik. Hasan memberi pandangan secara peribadi kerana PAS mengamalkan politik demokrasi.

Janganlah sistem syura yang ada digunakan untuk menyekat pandangan peribadi di kalangan ahlinya. Kalau isu begitu pun nak dirujuk pada syura yang dikuasai oleh kelompok tertentu, pandangan yang berbeza tidak mungkin akan diraikan.

Dengan pihak lain PAS mahukan ketelusan terjadi. Tetapi dengan diri sendiri, PAS membelenggu pandangan yang berbeza dan menyebabkan konflik terjadi. PAS mahu apabila syura memutuskan sesuatu, setiap anggota kena patuh. Tetapi kalau yang dominan membuat keputusan dalam syura ialah pihak yang berkepentingan bagaimana ketelusan boleh terjadi.

Kepatuhan kepada perjuangan organisasi memanglah baik. Tetapi harus ada ruang berbeza pendapat supaya sesuatu isu dapat didekati secara pro dan kontra. Maka baru lahir idea-idea segar dan kebebasan.

Tetapi apabila pandangan berbeza dilontarkan lalu kuasa digunakan untuk memecat orang yang berkaitan maka kaedah autokratik mengambil tempat.

Kes Anwar ini menjadi lebih menarik lagi kerana ia dikaitkan dengan isu konspirasi. Kerajaan dan UMNO dituduh melakukan konspirasi yang berniat jahat terhadapnya. Lalu tuduhan itu dianggap sebagai fitnah jahat untuk menghapuskan riwayat politik Anwar.

Dalam kes liwat ini jika konspirasi benar-benar berlaku bakal melibatkan para doktor, pakar forensik, ahli politik, ahli undang-undang, para hakim dan ramai lagi. Kalaulah ia suatu konspirasi tidak mungkin Anwar terlepas daripada hukuman. Sudah tentu konspirator dan sekutu-sekutunya akan menjalankan kerja sehingga kesudahannya memihak kepada mereka.

Keputusan yang ada ternyata memihak kepada Anwar. Apakah dakwaannya dulu direka cipta untuk menamatkan karier politik dan menyekat beliau untuk sampai ke Putrajaya ?? Ternyata fitnah itu meleset.

Yang berlaku di sebaliknya. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah telus walaupun penerimaan pro dan kontra adalah suatu perkara biasa.

Kalau begitu tuduhan terhadap kerajaan dan mahkamah selama ini adalah tidak betul. Sejak kes liwat pertama dahulu, isu konspirasi berbangkit. Malah pihak yang menuduh tidak pernah ada bukti yang nyata dan kukuh. Ia digunakan sebagai senjata politik untuk membina persepsi buruk terhadap orang lain.

Menariknya kenyataan Dr. Hasan di rumahnya selepas dipecat menyatakan faktor Anwar menjadi sebab dirinya disingkirkan. Hasan tidak rela menjadikan Anwar sebagai pemimpinnya. Ini adalah suatu kenyataan yang berani walaupun Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang tahu sedikit sebanyak siapa Anwar itu sebenarnya.

Keberanian seperti inilah yang perlu ada dalam PAS supaya menegakkan kebenaran sentiasa menjadi obor perjuangan yang tidak ada tolak ansurnya.

Dengan pemecatan Hasan itu, kedudukannya sebagai Exco kerajaan negeri yang berkaitan dengan agama akan terjejas. Beruntunglah pakatan pembangkang di Selangor kerana manusia yang prihatin tentang isu pemurtadan sudah disingkirkan.

Maka akan berbahagialah PAS Selangor kerana orang yang berani menghadapi kemungkaran najis arak dan maksiat sudah tidak lagi berperanan. Dan lebih berbahagia lagi adalah DAP yang tidak lagi perlu berhadapan dengan orang yang selalu melakukan "social policing" di Selangor sudah tidak mempunyai kuasa lagi.

Lebih-lebih lagi Anwar yang tidak bersetuju dengan tindakan Hasan bersama dengan JAIS cuba menangani isu pemurtadan DUMC pada 3 Ogos 2011 akan berasa lega dengan ketiadaan Hasan.

Kalau Anwar tidak menyenangi Hasan ia masih boleh difahami. Tetapi sikap rakan-rakan dalam PAS Selangor tidak bersamanya, ia adalah suatu hal yang menyedihkan. Tambah pula kepimpinan Pas Pusat yang dikuasai oleh pihak Anwarinas, sudah tentu Hasan mudah menjadi mangsanya. 

Sumber : UM.