Saturday, 3 March 2012

Tu dia !! Mahfuz nak jadi PM der !!

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam pilihan raya itu akan datang.

Sebaliknya, beliau mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding mempertahankan kerusi parlimennya, Pokok Sena, dalam pilihan raya umum akan datang.

"Confirm satu kerusi. Pokok Sena. Insya-Allah, (saya pertahan kerusi) Pokok Sena kalau diizinkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di situ.

"Saya nak bertanding parlimen, macam mana saya nak jadi MB (menteri besar)," katanya berseloroh.Mahfuz mengulas desas-desus kononya beliau akan bertanding kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Azizan kini berdepan dengan 'kemelut' dalam pentadbirannya susulan dua exco kanan - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh - enggan mengangkat sumpah bagi menyambung semula tugas sebagai exco.Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata beliau tidak ada niat untuk bertanding kerusi DUN walaupun ada cadangan di kawasannya supaya beliau berbuat demikian.

"Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak. Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM," katanya sambil ketawa besar.


Read More : [KLIK DI SINI]

No comments:

Post a Comment

Post a Comment