Thursday 5 January 2012

"Diskusi" di Bumi Minden !!


Laporan dari padang bola keranjang Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Induk, Pulau Pinang. Satu "perhimpunan aman" telah dibuat oleh sekumpulan mahasiswa USM seramai 10 orang yang menggelar kumpulan mereka mewakili "Dema Malaysia." Dari apa yang admin lihat, mereka kebanyakannya tidak memahami dengan jelas apa sebenarnya yang berlaku.


Kehadiran "audion" melebihi 300 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar kampus, staf, para wartawan dan orang luar yang mengelilingi padang bola keranjang tersebut bagi mengikuti sesi penerangan mereka.

Inilah geng 10 orang yang sokong  Safwan Anang rakan2nya
Apapun Alhamdulillah, tiada perkara buruk yang berlaku dan tiada "mahasiswa Melayu" yang turun berdemo mengikut geng pelajar Cina 10 orang ini yang menyokong Safwan Anang dan sebahagian mahasiswa lain yang bersemo di UPSI awal malam tahun baru yang lalu. Walaupun pada awalnya, admin mendapat maklumat akan ada penyertaan daripada mahasiswa 'pro-pembangkang' yang lain, namun mungkin disebabkan perkara ini didedahkan dengan lebih awal termasuk langkah-langkah keselamatan yang diambil pihak Jabatan Keselamatan USM, mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk turun bersama-sama menyatakan sokongan terhadap Safwan Anang dan gengnya. 

Apabila admin meletakkan frasa demonstrasi atau menggunakan istilah "perhimpunan aman", mereka tidak bersetuju malah menuduh admin memfitnah. Mereka menyatakan bahawa apa yang dilakukan adalah "diskusi." Persoalannya, mengapa diskusi di "court" bola keranjang yang gelap tanpa lampu dan di malam hari ?? Sedangkan USM mempunyai ruang yang lebih selesa untuk membuat diskusi. Tetapi tidak mengapa, itu pendapat individu. Admin tidak ambil kisah sangat.

Kesimpulannya, hanya 10 orang pelajar sahaja yang menyatakan sokongan mereka terhadap Adam Adli, selebihnya hanya 'syok sendiri' berdebat bagai dalam laman sosial terutamanya dalam "Facebook" dan "Twitter" bagi mempertahankan Adam Adli dan konco-konconya.


Malam tadi, "diskusi" di bumi Minden ini ternyata gagal dan ramai wartawan terutamanya yang datang jauh dari Kuala Lumpur pulang dengan hampa kerana kehadiran yang "begitu ramai." Kehadiran wartawan lebih ramai dari peserta, tapi ada "seekor musibat" wartawan pembangkang nie dok buat hal masuk campur perdebatan sesama mahasiswa dan ada juga berlaku sedikit "campur tangan" dari pihak luar.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh rakan admin di tempat berlakunya "diskusi (kata mereka)" :

Bila tak ramai yang datang, maka "berdiskusilah" mereka
dalam keadaan yang gelap gelita macam orang nak pi khalwat.
Sebahagian mahasiswa lain yang turut berhujah memberi
pandangan mereka terhadap demo UPSI minggu lepas.
Inilah keadaan di "court" bola keranjang USM. Kehadiran
penonton lebih ramai dari yang "berdiskusi."


Apa pun, cukuplah ianya terhenti di sini. Semoga tiada lagi "demonstrasi", "himpunan aman" mahupun "diskusi haram" di bumi Minden yang bertuah ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment