Tuesday 3 January 2012

DSAI Cakap Tak serupa Bikin !!

Dah lama rasanya admin tak menulis, bukan admin tak nak tulis dan komen. Tambah-tambah lagi sekarang tengah 'hot' dengan cerita tentang mahasiswa berdemonstrasi di depan UPSI malam tahun baru yang lalu. Budak-budak tu sibuk dok berjuang supaya AUKU dimansuhkan, bebaskan akademik dan ada laa dua tiga tuntutan lagi yang dibuat oleh mereka.

Admin percaya dan yakin, ini semua adalah kerja jahat 'tok dalang' mereka, iaitu DSAI yang menghasut mereka supaya membuat demonstrasi agar mendesak kerajaan memansuhkan terus Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Padahal masa DSAI menjadi pak menteri dulu, dia jugak yang dok pertahan AUKU agar tidak dimansuhkan. Inilah kerja 'pemutaq belit' namanya. Cakap tak serupa bikin !! 

Yang budak-budak tu pun 'mangkuk ayun' jugak. Nak kata tak dak ilmu agama, admin tengok video yang dok pi berdemonstrasi tu terdiri daripada 'pak ustaz' dan 'ustazah2'. Safwan Anang sendiri merupakan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya (PMI UM). Kadang-kadang admin terfikir jugak, pasai apa laa budak-budak yang ada ilmu agama nie pi buat prangai macam tu ?? Orang lain sibuk nak 'final exam', depa dok sibuk demonstrasi sana sini. Pesan admin,sudah-sudah laa dengan perjuangan 'kosong' hampa tu. Kalau nak berjuang sangat, bagi habis belajaq dulu. Lepas tu berjuang laa, tak dak sapa nak marah kat hampa. Sekian.

No comments:

Post a Comment