Wednesday 4 January 2012

Gerakan 501 ?? Bumi Minden pula Bakal Bergema Malam ini ??


Admin dikhabarkan malam ini (05 Januari 2012), satu demonstrasi atau dengan bahasa yang lebih berhemah, satu 'himpunan aman' akan didakan oleh mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) di Kampus Induk, Pulau Pinang.  

Berpaksikan atas nama kebebasan dan menyokong tindakan Safwan Anang dan puak-puak SMM, maka 'himpunan mahasiswa' yang akan dipimpin oleh mahasiswa pro-DAP yang akan bersama-sama dengan mahasiswa PMI USM untuk mengadakan himpunan di Gelanggang Bola Keranjang (Berhadapan Desasiswa Bakti Permai) antara jam 08.30-09.00 malam. Mengapa dipilih 05 Januari ?? Teringat Admin, tragedi 05 Januari menyamai tarikh keramat Karl Mark, Pejuang Yahudi yang mengasaskan Idea Sosialis.

Admin melihat himpunan yang bakal dilakukan oleh mereka adalah untuk menguji kesabaran pentadbiran USM terutamanya Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar, USM (BHEPP USM) sebagai satu-satunya universiti yang sabar dan banyak bertoleransi dalam melayan karenah mahasiswanya, di samping antara universiti yang menegaskan bahawa pendekatan 'radikal' bukanlah kaedah terbaik dalam menyelesaikan sesuatu perkara, tetapi lebih menggalakkan mahasiswanya mengambil pendekatan "diplomasi" dalam menyelesaikan perkara berbangkit.

Admin berharap Naib Canselor baru Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato' Dr. Omar Osman bersama pentadbiran universiti berserta pihak berkuasa universiti dapat menangani perkara ini dengan bijaksana dan berhemah jika ianya berlaku, agar tidak dimanipulasikan dengan rakus oleh 'puak-puak pembangkang' di luar sana.

Apa akan wujud 'lakonan' sepertimana yang berlaku di UPSI baru-baru ini ?? Kita tunggu dan lihat.  Apapun tunggu laporan seterusnya dari admin jika perancangan ini tidak dibatalkan di saat-saat akhir oleh mereka. 


Admin juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjawab peperiksaan akhir kepada mahasiswa USM yang sedang berlangsung sekarang. Pesan 'admin', jauhkan diri daripada perhimpunan yang akan dilakukan oleh mereka malam ini. Pedulikan mereka. Tumpukan perhatian pada pelajaran, kerana itu yang lebih utama.  


Semoga perancangan untuk melaksanakan himpunan ini dibatalkan untuk mengelakkan nama USM pula terpalit lumpur dek 'tindakan bodoh' mereka. Sekian !!


Sumber : Badar Khubro [KLIK DI SINI].

No comments:

Post a Comment