Saturday 31 December 2011

Tahun Baru Lebih Bermakna !!

Assalamua'laikum & selamat tahun baru 2012 buat semua. Diam tak diam sudah tamat  2011. Alhamdulillah, admin melihat pembukaan tahun baru kali ini lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya, terutamanya di Shah Alam. Admin melihat sambutan yang dinamakan "Jom Santai" di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam semalam sebagai satu usaha murni pihak penganjur dalam memperkukuhkan lagi syiar Islam dalam kalangan umatnya. Tahniah admin ucapkan buat penganjur. 

Kehadiran dianggarkan mencecah 80 ribu jemaah, dan yang lebih mengejutkan lagi, sebahagian besar pengunjung terdiri daripada anak muda yang membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Ini menunjukkan bahawa anak muda hari ini dahagakan ilmu terutamanya ilmu berkaitan agama. Jadi pada pandangan admin, bukanlah sukar untuk menarik perhatian anak muda bagi mendengar ceramah agama jika kaedahnya sesuai dan dibawa pula ustaz-ustaz yang boleh dikatakan mempunyai aura dan pengaruhnya yang tersendiri dalam kalangan anak muda. Sebagai contoh, Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Kazim Elias.


Semua pengunjung yang hadir dilihat bersemangat melihat persembahan terutamanya dari Zizan dan Ustaz Azhar Idrus. Terdapat juga artis jemputan lain seperti Akhil hayy, Sham Kamikaze dan Syahir AF8. Laungan takbir turut bergema dalam sambutan tahun baru kali ini. Sebelum itu, solat Maghrib berjemaah ditunaikan dengan diimamkan oleh Imam Muda Asyraf dan solat Isya' berjemaah diimamkan Ustaz Syed Norhisham. 


No comments:

Post a Comment