Tuesday 27 December 2011

Anwar Ibrahim Tidak Boleh Dipercayai - Bekas Ahli AMK Ulu Kelang

Seramai 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ulu Kelang menyertai UMNO Gombak ekoran hilang kepercayaan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak mengotakan apa-apa yang dijanjikan.

Wakil kumpulan berkenaan, Mohd. Jefry Sallehuddin mendakwa, selama 13 tahun bersama Anwar beliau amat memahami perangai Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

"Cukuplah setakat ini sahaja, bukan setahun saya mengenali beliau tapi sudah 13 tahun. Anwar cakap lain, buat lain."

"Nasihat saya kepada rakan-rakan lain agar kembali kepada UMNO kerana tidak ada parti kecuali UMNO yang mampu membela bangsa dan negara kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ahli AMK Ulu Kelang sertai UMNO Gombak dan Ikrar Sokong Barisan Nasional (BN) di sini semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin dan Setiausaha Kerja BN Selangor, Datuk Radin Mokhtar Md. Yusof.

Menurut Mohd. Jefry, secara keseluruhan hampir 1,000 ahli AMK akan keluar PKR. Sementara itu, Abdul Rahim mengucapkan tahniah kepada Mohd. Jefry yang bersedia kembali menyertai UMNO.

Admin "Kami Anak Muda Sayang Malaysia" mengucapkan tahniah kepada barisan ahli AMK tersebut yang tersedar sebelum terlambat.

Sumber : Malay Dilema.

No comments:

Post a Comment