Wednesday 28 December 2011

SMM Jelajah Semenanjung Tuntut Kebebasan Akademik

Hari ini 28 Dis. 2011 satu lagi kenyataan telah dikeluarkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mengadakan siri jelajah Semenanjung bagi menyampaikan mesej serta tuntutan mereka.

Admin ingin memetik kenyataan mereka yang dimuatnaikkan dalam satu kiriman email kepada keadilandaily : “SMM dan BEBAS akan memulakan jelajah ini dengan mengadakan serahan memorandum dan sudut pidato Kebebasan Akademik di dua negeri di Utara Tanah Air.” 

Turut serta dalam siri jelalah itu nanti ialah pemimpin mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) , Adam Adli Abdul Halim yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Hj. Abdul Razak.

Selain itu, ia akan turut disertai Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abd Razab, Safwan Anang (BEBAS), Haziq Abdullah (KAMI) dan Ekhsan Bukharee (AKSI).

Menurut kenyataan mereka lagi dalam kiriman e-mail kepada harakahdaily, satu memorandum Kebebasan Akademik akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah pada 29 Disember, jam 10 pagi bertempat di Wisma Aman dan disusuli pidato "Kebebasan Akademik" di Padang Kota Lama, Pulau Pinang jam 1 tengah hari.

Walaupun tindakan mereka dikecam hebat oleh pelbagai pihak, mereka dilihat semakin tegar dan tidak gentar kononnya dalam memperjuangkan hak mereka dan kebebasan akademik di negara ini.

Persoalan yang ingin admin timbulkan di sini, apakah selama ini tidak wujud kebebasan akademik di negara ini?? Dan kebebasan akademik yang bagaimana lagi diinginkan mereka?? Perlu admin tegaskan di sini bahawa frasa "kebebasan" itu bukan bermakna "keterbukaan/kebebasan" tanpa sempadan".


Atau mungkin tindakan mereka ini atas sebab 'asuhan' dan 'galakan' daripada 'tok dalang' yang berada di sebalik perjuangan mereka ?? 

Mereka berbicara dengan angkuh dan sombong dengan menyatakan mereka membawa suara mahasiswa, dan mereka juga berulang-ulang kali menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Persoalannya, apakah benar mereka membawa suara mahasiswa ?? Dan apakah benar mereka sama sekali tidak terlibat dengan mana-mana parti politik ?? 

Admin tinggalkan persoalan tersebut dengan 2 keping gambar berikut. Cuba kita lihat siapa disebalik perjuangan mereka?? Admin tidak mahu menjatuhkan tuduhan dengan sewenang-wenangnya. Teringat akan satu kata pujangga "Sekeping gambar bisa menafsirkan sejuta makna." Anda lihat, andai nilaikan.

Sekian dari admin, Anak Muda Sayang Malaysia.

No comments:

Post a Comment