Saturday 31 December 2011

Demo UPSI : Safwan Anang pula dikasari polis !!


Ini pula kisah seorang mahasiswa Universiti Malaya, Safwan Anang yang dikatakan parah dipukul polis. Beginilah keadaan Safwan Anang yang juga menantu Naib Ketua Dewan Muslimah PAS Selangor yang kelihatan terbaring kononnya mulut berdarah. Kalau mulut tu berdarah teruk, sudah pasti Malaysiakini akan fokus dan besarkan gambar mulut yang berdarah itu dalam gambar tersebut.

Jadi timbullah persoalan apa motif gambar ini dikeluarkan ?? Semestinya untuk tunjuk pada rakyat kononnya polislah yang jahat dan mengasari Safwan dan 'konco-konconya' , serta semua ini pasti untuk menimbulkan rasa kebencian pada kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ingat, ini bukan kali pertama pihak pembangkang mengenakan polis dengan lakonan sebegini. Admin mengesyorkan supaya Hospital slim River segera keluarkan laporan perubatan sebenar agar tidak ada


Berapa hari bertahannya lakonan Safwan ini? Lebih baik Hospital Slim River keluarkan laporan perubatan yang sebenar. Dalam demo tersebut pertubuhan haram seperti SMM hanya mahu mencari simpati dari rakyat sahaja.

Apakah ini budaya dan nilai intelektual seorang yang bergelar mahasiswa? Mereka sudah habis modal. Mahu mencari simpati dengan cara berlakon. 

Ingat bagaimana kes Suhardi berlakon untuk mencari simpati dari rakyat? (baca sini). Safwan adalah pelakon baru yang meniru cara lakonan Suhardi dan Anwar Ibrahim. 

Demo BERSIH outcome simpati adalah Anwar Ibrahim dan Suhardi. Demo turun bendera di PWTC mereka cuba alihkan perhatian untuk simpati pada Adam. Dalam demo di UPSI semalam mereka cipta satu lagi ikon simpati iaitu Safwan.

Semua taktik ini diimport dari luar untuk cetuskan rasa tidak puas hati rakyat pada kepimpinan yang ada. (baca sini) Jangan terperangkap dengan modus operandi reverse psychology ini.

Tahun Baru Lebih Bermakna !!

Assalamua'laikum & selamat tahun baru 2012 buat semua. Diam tak diam sudah tamat  2011. Alhamdulillah, admin melihat pembukaan tahun baru kali ini lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya, terutamanya di Shah Alam. Admin melihat sambutan yang dinamakan "Jom Santai" di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam semalam sebagai satu usaha murni pihak penganjur dalam memperkukuhkan lagi syiar Islam dalam kalangan umatnya. Tahniah admin ucapkan buat penganjur. 

Kehadiran dianggarkan mencecah 80 ribu jemaah, dan yang lebih mengejutkan lagi, sebahagian besar pengunjung terdiri daripada anak muda yang membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Ini menunjukkan bahawa anak muda hari ini dahagakan ilmu terutamanya ilmu berkaitan agama. Jadi pada pandangan admin, bukanlah sukar untuk menarik perhatian anak muda bagi mendengar ceramah agama jika kaedahnya sesuai dan dibawa pula ustaz-ustaz yang boleh dikatakan mempunyai aura dan pengaruhnya yang tersendiri dalam kalangan anak muda. Sebagai contoh, Ustaz Azhar Idrus & Ustaz Kazim Elias.


Semua pengunjung yang hadir dilihat bersemangat melihat persembahan terutamanya dari Zizan dan Ustaz Azhar Idrus. Terdapat juga artis jemputan lain seperti Akhil hayy, Sham Kamikaze dan Syahir AF8. Laungan takbir turut bergema dalam sambutan tahun baru kali ini. Sebelum itu, solat Maghrib berjemaah ditunaikan dengan diimamkan oleh Imam Muda Asyraf dan solat Isya' berjemaah diimamkan Ustaz Syed Norhisham. 


Thursday 29 December 2011

Hassan Ali Nafi Mohon Maaf !!

YB. Dato' Hassan Mohamed Ali menafikan laporan HarakahDaily yang mengatakan beliau ke Kota Bharu semata-mata untuk bertemu pemimpin tertinggi PAS atas tujuan meminta maaf atas kenyataan yang dibuatnya terhadap parti tersebut.

Hassan berkata beliau sudah pun menarik balik kenyataannya yang menyentuh isu "Negara Kebajikan" semasa "press conference" yang dibuat di kediamannya pada 24 Disember lalu, dan beliau turut meminta maaf kepada pemimpin parti pada masa yang sama.

Hassan  turut menyelar akhbar rasmi PAS dan menyatakan rasa kecewa serta kesal beliau kerana Harakah telah diberi peringatan supaya jangan lagi memutarbelitkan fakta yang hanya akan menyebabkan kekeliruan dan perpecahan dalam kalangan mereka.

Petikan daripada Mstar Online :

“Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelitkan fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” katanya selepas pertemuan tersebut.


Beliau dijemput hadir ke Kota Bharu dan perjumpaan berlangsung dalam suasana yang tenang dan jujur. Antara yang dibincangkan adalah hala tuju parti, persiapan PRU-13 dan fungsi Harakah sebagai "lidah rasmi" parti.


Mereka yang hadir telah memberikan pandangan masing-masing dan beliau turut terharu dengan pengiktirafan yang diberikan oleh kepimpinan PAS terhadap misinya dalam memperjuangkan Islam di negara ini.

Persoalannya, Siapa yang betul, siapa yang salah ?? Pak Hassan kata pemimpin PAS terharu dengan cara perjuangannya ?? tapi Harakah pulak kata Pak Hassan dah mintak maaf kat PAS.

Drama apa yang sedang mereka permainkan sebenarnya ?? Selama ini media perdana sering dituduh oleh mereka memutarbelitkan fakta, tapi sekarang sapa yang putarbelit fakta ?? Anda baca, anda lihat, anda nilai.

Sekian, dan selamat membaca. 

Berita Terbaru !! SMM Datang Juga Akhirnya !!



Ramai orang kecewa terutamanya orang awam yang ingin mendengar pidato dari puak-puak SMM nie terutamanya para wartawan yang menunggu lebih 4 jam di "Speaker Corner", Padang Kota Lama kononnya "budak-budak" pejuang mahasiswa nie nak datang berpidato. Sebaliknya mereka datang sudah lewat petang yang mana ramai orang yang menunggu sudah pun balik.


Maka, timbullah persoalan apakah kehadiran SMM & BEBAS lewat petang tadi bagi menunjukkan gimik bahawa mereka berani juga hadir ke situ dan berpidato ?? Ini kerana sudah tersebar di "facebook" dan blog terutamanya blog2 pembangkang tentang berita SMM takut untuk hadir ke "Speaker Corner"  ketika itu.


Nampak sangat mahasiswa "belaan" Anwar & PKR yang beberapa kerat ini hanya "syok" sendiri sahaja berpidato dikalangan mereka . Ntah-ntah berpidato pun tidak, sekadar bergambar jer konon-kononya berpidato. 

Awat hampa tak mai masa kami dok tunggu hampa kat Padang Kota ?? Hampa kata hampa tak takot ?? Haha. Sekian.

SMM Jelajah Utara Tanah Air

Admin Anak Muda Sayang Malaysia kembali dengan cerita tentang SMM yang dilihat semakin menjadi-jadi dengan perjuangan 'kosong' mereka sejak kebelakangan ini. Dalam suasana para pelajar (mahasiswa) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sibuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan akhir minggu hadapan, puak-puak SMM ini pula sibuk ke sana sini 'round' Semenanjung untuk memperjuangkan kebebasan akademik yang kononnya menyekat kebebasan mereka.



Admin berfikir sejenak, bila waktunya puak-puak SMM ini mengulangkaji pelajaran jika sibuk ke sana sini 'berdemo', sibuk 'serah memorandum' ke sana sini ?? Hari ini mereka jelajah ke Kedah dan Pulau Pinang. Admin datang ke Padang Kota Lama menunggu mereka tengah hari nanti, tunggu punya tunggu tidak juga kelihatan kelibat mereka. Setelah hampir 45 minit 'admin' menunggu bersama wartawan, bloggers dan orang awam yang lain, barulah 'admin' mendapat maklumat bahawa ada yang melihat kelibat mereka di KOMTAR. Wah !! Admin teringat pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga di situ. Jadi timbullah persoalan di minda admin, apa yang mereka buat di situ ya ?? 

Lagi memusykilkan admin, dari mana agaknya mereka mendapat dana untuk jelajah ke sana sini ?? Takkan la duit hasil kutipan sesama rakan untuk buat kerja lawan dan burukkan kerajaan ni ?? Kalau ada pun berapa sangat laa puak-puak yang akal fikirannya ntah letak kat mana nie. Melainkan ada 'toyol' yang 'support' mereka dari belakang. Admin tak nak menuduh sesiapa, anda fikirlah sendiri. 


Admin tinggalkan pembaca dengan sekeping gambar SMM di Wisma Darul Aman. Mahasiswa lain sibuk mengulangkaji pelajaran, mereka sibuk nak jadi orang politik. 



Sekian dari Admin. Selamat membaca.

Wednesday 28 December 2011

Panas !! Mahfuz Omar & Salahuddin Ayub Disisih Daripada Perjumpaan Sulit Hassan Ali Di Kelantan !!

Agak pelik apabila perjumpaan antara Hassan Ali dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak disertai kepimpinan tertinggi PAS yang lain.


Nik Aziz berkata pertemuan di antara beliau dan Dr. Hasan Ali dianjurkan oleh PAS Pusat, tetapi kepimpinan tertinggi PAS Pusat sendiri mengaku tidak tahu menahu tentang perjumpaan tersebut !!


Kedua-dua Naib Presiden PAS tidak tahu menahu, malah begitu juga dengan Ketua Penerangan PAS !!

Maka di sini admin ingin menimbulkan beberapa persoalan yang mungkin bermain di benak fikiran kita :


1. Apakah terdapat agenda tersembunyi yang sengaja tidak diberitahu kepada Naib Presiden dan Ketua Penerangan PAS Pusat ??


2. Dimakah letaknya peranan Majlis Syura dan Dewan Ulama dalam barisan kepimpinan Jawatankuasa PAS Pusat dalam menyelesaikan sesuatu perkara berbangkit ??

3. Timbul persoalan, jika perkara semudah 'perjumpaan' pun tidak seragam dan tiada kesefahaman, adakah kepimpinan PAS diyakini dapat mentadbir negara ??

Admin meninggalkan pembaca dengan persoalan tersebut untuk direnungkan bersama. Selamat Membaca.

Pendedahan Eksklusif !! Kisah Sebenar Krisis Kewangan 1997/1998 !!


Sebelum ini mungkin kita tidak tahu bagaimana krisis kewangan 1997/1998 berlaku, ada yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu, dan ada pula yang sanggup memanipulasikan fakta, bahkan ada yang sanggup menuduh Tun Dr. Mahathir kononnya pembohong pada isu tersebut.  Ayuh kita lihat pengakuan sebenar Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tentang apa yang terjadi ketika krisis kewangan 1997-1998.

"MUNCULNYA satu detik, yang jarang sekali berlaku dalam hidup, apabila suatu peristiwa menakrifkan semula kehidupan seseorang dan merubah haluan buat selama-lamanya. Bagi saya, pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Buenos Aires, Argentina pada petang 2 Oktober 1997 merupakan detik yang tidak dapat saya lupakan. Ia membolehkan saya memberi tumpuan selama enam tahun dalam kehidupan saya untuk berkhidmat dengan beliau dan menemuinya hampir setiap hari. Sepanjang proses tersebut, ia membolehkan saya melihat lebih dekat keupayaan yang dimiliki insan hebat ini. Jarang sekali kita melihat gabungan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang, dan gabungan unik inilah yang membolehkan Tun Dr. Mahathir mengubah Malaysia daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada negara yang berkembang maju dan bertenaga dan kini berada pada landasannya untuk menjadi sebuah negara maju. Gabungan kualiti ini jugalah yang membolehkan Dr Mahathir berjaya menyelamatkan Malaysia daripada menjadi salah sebuah negara IMF semasa krisis kewangan 1997/1998 berlaku."

"Ia bermula pada 29 September 1997,apabila saya menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Dr Mahathir mahu menemui saya. Beliau berada di Cuba pada ketika itu dan secara berseloroh, saya bertanya adakah saya harus menemuinya di sana. Saya diberitahu bukan secara berseloroh bahawa beliau akan tiba di Buenos Aires pada 2 Oktober 1997 dan saya harus memastikan diri saya berada di situ sekurang-kurangnya sehari sebelum ketibaan beliau. Saya segera berlepas ke Argentina dan tiba pada 1 Oktober 1997."

"Perdana Menteri tiba pada 5 petang hari berikutnya dan kami segera bertemu di suite beliau. Dr. Mahathir memberitahu, beliau telah bertanya kepada ramai orang mengenai punca krisis kewangan tetapi tiada siapa mampu memberikan penjelasan yang memuaskan kepada beliau. Beliau bertanya sama ada saya boleh menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Saya bertanya berapa banyak masa beliau ada. Dua jam, katanya. Saya pun menjelaskan bagaimana pasaran pertukaran asing berlaku, tentang kedudukan jangka pendek dan panjang, mengenai perlindungan nilai, bagaimana mata wang dipinjam dan dijual, perbezaan “tawaran” dan “penawaran” serta bagaimana dana boleh dipindahkan di antara negara hanya dengan satu "klik." Saya juga menjelaskan bagaimana pasaran ekuiti berlaku dan hubungan antara pasaran tukaran mata wang asing dan pasaran ekuiti. Dr Mahathir langsung tidak bercakap, kecuali bertanya satu atau dua soalan, dan mendengar penuh penghayatan."

"Selepas dua jam, beliau terpaksa menamatkan pertemuan tersebut untuk bersedia ke majlis makan malam rasmi. Beliau bertanya rancangan saya untuk malam itu dan saya memberitahu bahawa saya turut dijemput ke majlis yang sama. Dr Mahathir berkata : "Pulang ke bilik anda dan tulis semua yang anda beritahu sejak dua jam lepas, dan jumpa saya 7 pagi esok." Saya kembali ke bilik saya, mengambil keputusan untuk tidak ke majlis makan malam dan menulis kesemuanya, yang selesai kira-kira 6 pagi."

Laporan :

"Saya menyerahkan laporan yang telah diminta disiapkan oleh beliau sejam kemudian. Beliau menyuruh saya berehat dan menemuinya semula pada jam 2 petang. Apabila saya kembali menemuinya, beliau memberitahu beliau telah membaca laporan tersebut dan faham apa yang berlaku dalam pasaran kewangan. Kami mula membincangkan pelbagai kaedah untuk mengatasi krisis itu dan perbincangan kami diteruskan selepas pulang ke Malaysia. Saya menemui beliau hampir setiap hari, kadang kala di kediaman beliau, dan pada masa lain di pejabat beliau. Kami mencuba beberapa mekanisme untuk mengatasi krisis itu, ada antaranya yang berfungsi pada mulanya, tetapi dana lindung nilai begitu kukuh hingga sukar untuk meneruskan penggunaan mekanisme itu dengan jayanya. Pada awal 1998, Dr. Mahathir meminta saya menerokai idea untuk mengenakan rejim kawalan pertukaran bagi mengatasi krisis itu. Saya masih ingat bagaimana saya menyediakan banyak nota mengenai perkara itu. Dr. Mahathir meneliti nota-nota tersebut dan sentiasa meminta maklumat demi maklumat dari saya." Kami telah melalui banyak pusingan perbincangan, sehingga beliau akhirnya yakin dengan kedua-dua konsep dan mekanisme yang dicadangkan. Selebihnya, saya rasa sudah menjadi sejarah."

"Dr. Mahathir juga meminta saya menyediakan satu kertas kerja mengenai bagaimana menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura. Beliau berpendapat, satu sebab penting mengakibatkan pasaran saham jatuh ialah jualan singkat saham Malaysia di CLOB. Saya menyediakan laporan dan Dr. Mahathir memahami, buat pertama kalinya, bagaimana CLOB beroperasi. Laporan itu yang turut dilaksanakan pada 1 September 1998, telah menamatkan perdagangan saham Malaysia di CLOB. Saya perlu menyatakan bahawa langkah-langkah kawalan pertukaran telah direka sedemikian rupa untuk meminimumkan aspek-aspek kawalan dan memaksimumkan hasil. Dr. Mahathir telah meneliti banyak kali mekanisme yang dicadangkan itu untuk memastikan hanya ada sedikit elemen kawalan tetapi mencukupi untuk memastikan hasil yang positif. Tidak ada elemen birokrasi dalam langkah-langkah tersebut, seperti mewajibkan pengimport untuk mendapatkan kebenaran Bank Negara bagi mengimport. Ringgit juga ditambat pada tahap di mana ia tidak terlebih nilai."

"Di hampir setiap negara lain yang mengenakan langkah-langkah kawalan pertukaran dan penambatan matawang, secara definisinya, banyak kawalan birokrasi dan mata wang juga ditambat pada kadar terlebih nilai. Sistem kawalan pertukaran (termasuk kadar pertukaran tetap) yang dilaksanakan pada 1 September 1998 sering dianggap sebagai penyelamat negara. Langkah itu sememangnya diperlukan tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi krisis kewangan yang dihadapi negara ketika itu. Malaysia diselamatkan, bukan dengan kawalan pertukaran itu sendiri, tetapi oleh kebijaksanaan Dr. Mahathir."

"Biar saya jelaskan. Jika mana-mana negara membangun lain yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang kita perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia adalah kerana keupayaan dan watak Dr. Mahathir. Ekonomi dan sistem kewangan di bawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat, cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah kawalan pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negatif. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Perdana Menteri membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting di bawah rejim kawalan pertukaran baru."

"Beliau memastikan ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh. Ringgit kukuh dan stabil. Di belakang kestabilan matawang (pada RM2.50 berbanding dolar Amerika Syarikat), Malaysia berada pada kedudukan amat baik. Pada akhir 1996, keluaran dalam negara kasar berkembang hampir 8.5 peratus dan pertumbuhan itu dijangka berterusan untuk tahun-tahun mendatang. Kerajaan telah menikmati lebihan fiskal. Hutang luar negara adalah rendah, pada 40 peratus daripada keluaran negara kasar. Akaun matawang dari imbangan pembayaran telah mengecil daripada defisit 10 peratus kepada lima peratus daripada KNK, dan dijangka terus bertambah baik. Inflasi berada pada tahap paling rendah iaitu 2.1 peratus. Kita mempunyai pertumbuhan kukuh lebih lapan peratus bagi sebahagian besar tempoh itu. Dan kekuatan asas ini merupakan faktor penting yang membolehkan langkah kawalan pertukaran berjaya."

Meneliti :

"Selama lebih setahun selepas langkah 1 September 1998 itu dilaksanakan, Perdana Menteri bertemu kumpulan kecil kami enam hari seminggu (sekurang-kurangnya dua jam sehari) bagi meneliti pelbagai data ekonomi termasuk mengenai pertumbuhan pinjaman, eksport, import dan hartanah tidak terjual. Ini membolehkan beliau mengambil tindakan cepat, pada bila-bila masa perlu. Saya masih ingat satu pagi semasa kami sedang meneliti angka-angka hartanah, beliau memandang saya dan mengarahkan saya menganjurkan pameran untuk menghabiskan hartanah yang tidak terjual. Saya lakukannya, dan hartanah bernilai lebih RM 3 bilion telah dijual. Malah selepas berakhirnya krisis itu, Dr. Mahathir terus menemui kumpulan kami, walaupun tidak sekerap sebelumnya. Dan Dr Mahathir terus meneliti semua data ekonomi dengan pensel tajamnya."

"Tempoh 1997/98 adalah mengikut parafrasa Charles Dickens masa terburuk, tetapi ia juga masa terbaik. Keadaan paling buruk telah menyerlahkan yang terbaik dalam diri Dr. Mahathir. Ada perumpamaan mengatakan pemimpin yang baik adalah seperti teh yang baik, anda hanya mengetahui kualiti sebenarnya apabila beliau berada dalam keadaan panas !! Sepanjang tempoh krisis, Perdana Menteri memberi tumpuan pada usaha mengatasinya. Siang malam, tiada perkara lain difikirkannya.Beliau membaca segala yang boleh mengenai kewangan ; beliau terus meminta saya menyediakan nota-nota pelbagai isu teknikal yang berkaitan. Kadang kala walaupun selesema, beliau tetap bekerja. Beliau sedar beliau perlu memahami isu-isu berkenaan sebelum boleh berusaha mencari jalan penyelesaian. Kepintaran semula jadi dan keupayaan beliau memberi tumpuan pada isu-isu teras sentiasa terserlah sepanjang krisis itu. Beliau tidak menunjukkan tanda takut walaupun dalam masa terburuk ; satu-satunya kebimbangan beliau ialah keadaan ekonomi yang cepat merosot. Pada setiap masa, beliau yakin akan berjaya akhirnya."

"Saya ingin menambah dua lagi perkara.Pertama, dalam melaksanakan langkah 1 September 1998, Dr. Mahathir bukan sahaja menyelamatkan Malaysia malah negara-negara jiran juga. Apabila Malaysia mengenakan langkah kawalan pertukaran, spekulator matawang menyedari negara lain yang terjejas (Thailand, Indonesia dan Korea Selatan) juga boleh mengenakan kawalan yang sama, dan mereka dengan itu menghentikan aktiviti mereka. Spekulator menarik diri. Mereka membeli semula matawang yang mereka jual. Ini mengakibatkan kenaikan nilai mata wang serantau. Selain itu, IMF tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia terutamanya sejak selepas melaksanakan langkah-langkah itu, kita melakukan perkara sebaliknya daripada apa yang IMF mahu dengan menurunkan kadar faedah dan menyuntik kecairan dalam sistem. IMF kemudian mula melonggarkan syarat di negara lain dan membenarkan mereka merendahkan kadar faedah dan menyuntik kecairan bagi merangsang ekonomi mereka supaya Malaysia tidak mengatasi negara-negara IMF itu."

"Perkara kedua ialah apa yang akan terjadi jika langkah kawalan pertukaran tidak dilaksanakan. Banyak syarikat di Malaysia mungkin gulung tikar akibat kadar faedah yang tinggi. Apabila syarikat jatuh seperti domino, bank akan menghadapi masalah kecairan dan mampu bayar yang teruk berikutan pinjaman tidak berbayar semakin membesar. Masalah yang dihadapi oleh bank akan menyebabkan berlakunya tekanan kredit, yang akan membawa kepada satu lagi pusingan kegagalan korporat. Pendapatan kerajaan mungkin merosot dengan mendadak kerana kurang firma yang membayar cukai korporat, dengan itu akan mengurangkan keupayaan kerajaan untuk merangsang ekonomi melalui langkah dasar fiskal. Akibat daripada masalah yang dihadapi syarikat dan bank, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara yang membawa kepada pusingan masalah kedua. Ini adalah putaran ganas yang klasik, yang akhirnya boleh memusnahkan kestabilan sosial dan politik negara. Ini adalah senario yang menunggu untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana ketegasan dan keberanian Dr. Mahathir, yang memutuskan untuk berusaha melalui jalan yang jarang dilalui."

Jadi, kesimpulannya, penerangan panjang lebar oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ini diharapkan dapat menepis segala tuduhan melampau oleh puak-puak pembangkang terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad. Admin tidak meminta saudara saudari (pembaca) menerima maklumat ini secara bulat-bulat. Cuma, admin memohon pembaca untuk membaca dan menganalisis serta mengkaji secara menyeluruh sebelum menerima sesuatu perkara.

Selamat membaca dari Admin Anak Muda Sayang Malaysia.

Adaptasi daripada : Badut Rakyat.

Kalimah Allah Pula Dipermainkan

Ini pula kisah seorang 'makhluk aneh' yang pada pandangan admin mungkin miskin dari segi moral dan akhlaknya, tanpa mempedulikan sensitiviti agama dan persekitaran pelbagai kaum, tanpa rasa bersalah, bahkan dengan rasa penuh 'juah' melakukan perbuatan terkutuk  yang admin sendiri berasa jijik untuk menyebutnya (seperti dalam gambar). Inilah antara  'makhluk aneh'  yang akan menjadi 'pencetus' kepada perbalahan dan konflik antara kaum di negara ini.  

Admin berharap pihak berkuasa dapat menyiasat tentang isu ini, mendakwa dan menyumbat 'makhluk aneh' ini ke dalam penjara. Admin melihat kesalahan ini lebih teruk daripada menurunkan bendera Perdana Menteri dan bakar jalur gemilang. Ini bukan isu main-main, ini perkara serius. 


Admin juga amat berharap akan ada pihak-pihak yang berani tampil ke depan membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa membuka kertas siasatan bagi menyiasat isu ini. Admin juga berharap dalam isu ini, kita ketepikan buat sementara fahaman politik masing-masing, marilah kita bersatu, bagi mempertahankan agama Allah S.W.T.

SMM Jelajah Semenanjung Tuntut Kebebasan Akademik

Hari ini 28 Dis. 2011 satu lagi kenyataan telah dikeluarkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mengadakan siri jelajah Semenanjung bagi menyampaikan mesej serta tuntutan mereka.

Admin ingin memetik kenyataan mereka yang dimuatnaikkan dalam satu kiriman email kepada keadilandaily : “SMM dan BEBAS akan memulakan jelajah ini dengan mengadakan serahan memorandum dan sudut pidato Kebebasan Akademik di dua negeri di Utara Tanah Air.” 

Turut serta dalam siri jelalah itu nanti ialah pemimpin mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) , Adam Adli Abdul Halim yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila menurunkan bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Hj. Abdul Razak.

Selain itu, ia akan turut disertai Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abd Razab, Safwan Anang (BEBAS), Haziq Abdullah (KAMI) dan Ekhsan Bukharee (AKSI).

Menurut kenyataan mereka lagi dalam kiriman e-mail kepada harakahdaily, satu memorandum Kebebasan Akademik akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah pada 29 Disember, jam 10 pagi bertempat di Wisma Aman dan disusuli pidato "Kebebasan Akademik" di Padang Kota Lama, Pulau Pinang jam 1 tengah hari.

Walaupun tindakan mereka dikecam hebat oleh pelbagai pihak, mereka dilihat semakin tegar dan tidak gentar kononnya dalam memperjuangkan hak mereka dan kebebasan akademik di negara ini.

Persoalan yang ingin admin timbulkan di sini, apakah selama ini tidak wujud kebebasan akademik di negara ini?? Dan kebebasan akademik yang bagaimana lagi diinginkan mereka?? Perlu admin tegaskan di sini bahawa frasa "kebebasan" itu bukan bermakna "keterbukaan/kebebasan" tanpa sempadan".


Atau mungkin tindakan mereka ini atas sebab 'asuhan' dan 'galakan' daripada 'tok dalang' yang berada di sebalik perjuangan mereka ?? 

Mereka berbicara dengan angkuh dan sombong dengan menyatakan mereka membawa suara mahasiswa, dan mereka juga berulang-ulang kali menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Persoalannya, apakah benar mereka membawa suara mahasiswa ?? Dan apakah benar mereka sama sekali tidak terlibat dengan mana-mana parti politik ?? 

Admin tinggalkan persoalan tersebut dengan 2 keping gambar berikut. Cuba kita lihat siapa disebalik perjuangan mereka?? Admin tidak mahu menjatuhkan tuduhan dengan sewenang-wenangnya. Teringat akan satu kata pujangga "Sekeping gambar bisa menafsirkan sejuta makna." Anda lihat, andai nilaikan.

Sekian dari admin, Anak Muda Sayang Malaysia.

Tuesday 27 December 2011

Anwar Ibrahim Tidak Boleh Dipercayai - Bekas Ahli AMK Ulu Kelang

Seramai 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ulu Kelang menyertai UMNO Gombak ekoran hilang kepercayaan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak mengotakan apa-apa yang dijanjikan.

Wakil kumpulan berkenaan, Mohd. Jefry Sallehuddin mendakwa, selama 13 tahun bersama Anwar beliau amat memahami perangai Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

"Cukuplah setakat ini sahaja, bukan setahun saya mengenali beliau tapi sudah 13 tahun. Anwar cakap lain, buat lain."

"Nasihat saya kepada rakan-rakan lain agar kembali kepada UMNO kerana tidak ada parti kecuali UMNO yang mampu membela bangsa dan negara kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ahli AMK Ulu Kelang sertai UMNO Gombak dan Ikrar Sokong Barisan Nasional (BN) di sini semalam.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin dan Setiausaha Kerja BN Selangor, Datuk Radin Mokhtar Md. Yusof.

Menurut Mohd. Jefry, secara keseluruhan hampir 1,000 ahli AMK akan keluar PKR. Sementara itu, Abdul Rahim mengucapkan tahniah kepada Mohd. Jefry yang bersedia kembali menyertai UMNO.

Admin "Kami Anak Muda Sayang Malaysia" mengucapkan tahniah kepada barisan ahli AMK tersebut yang tersedar sebelum terlambat.

Sumber : Malay Dilema.

Monday 26 December 2011

Pas Anggap Kerja Tumbangkan Umno Ibadat

ALOR LINTAH - Pas Kawasan Besut menyifatkan bekerja untuk tumbangkan UMNO adalah satu ibadat dan perlu dilakukan bersungguh-sungguh oleh ahli dan masyarakat.

Yang dipertuannya, Wan Azhar Wan Ahmad menggesa seluruh jentera dan anggota parti menjadikan sasaran Mac 2012 sebagai tarikh keramat untuk menumbangkan kerajaan BN di negeri Terengganu.

P/S : Abang, saya nak tanya, kawan dengan DAP yang terang-terang tolak ISLAM tu IBADAT jugak ke abang ?? 

Tumbangkan UMNO lebih baik dari jatuhkan DAP dengan PKR, kan abang ?? Sebab apa ?? Sebab PKR dan DAP adik-beradik "sekatil, setilam, sebantal" dengan PAS, macam mana pun tak pe, kan abang kan ??

Sumber : Sokong Haramkan DAP !!

Panas !! Pelajar IPTA pula direkrut Anwar !!

Pendedahan yang dibuat oleh blog-blog pro-kerajaan berhubung pertemuan yang diadakan oleh Anwar Ibrahim melibatkan wakil-wakil pelajar dari pusat pengajian tinggi di rumahnya sendiri, semakin mengesahkan usaha terdesak yang sedang dirancang oleh Anwar Ibrahim. Ketua Umum PKR yang kelihatan sangat terdesak untuk melarikan diri selain cuba mendapatkan sokongan sebanyak mungkin, kini terpaksa mengalihkan perhatian kepada kaum pelajar (mahasiswa) yang dilihat lebih radikal dan lebih out-spoken berbanding golongan yang telah mengenali Anwar Ibrahim semenjak kes liwat pertama dahulu.

Sejarah Anwar Ibrahim telah membuktikan, dia sendiri merupakan seorang pelajar universiti yang keciciran kerana terlalu banyak berpolitik dan tidak menghiraukan pelajaran. Penentangan pelajar-pelajar universiti pada awal dan pertengahan 1970-an yang banyak dipengaruhi oleh Komunisme, Sosialisme dan Kapitalisme selain Islamisme yang diwujudkan sebagai jalan mendapatkan lebih banyak sokongan.

Kuasa pelajar di negara ini masih pada tahap minima. Tetapi indikasi yang ditunjukkan, terutama dengan pembabitan ahli Kabinet sendiri untuk mewujudkan apa yang dikenali sebagai The New Politic, menghalakan pelajar ke arah sesuatu yang sebenarnya lebih memberikan keuntungan kepada kaum politik, bukannya untuk generasi masa hadapan.

Seringkali ungkapan "Kebangkitan Pelajar" digunakan untuk menghalalkan tindakan golongan pelajar ekstremis yang menjadikan status mereka sebagai pelajar untuk melakukan kekacauan. Ini berlaku di seluruh dunia, terutama sekali di Amerika Tengah.

Anwar melihat kekacauan yang ditimbulkan oleh golongan pelajar di Amerika Selatan sehingga menggugat kestabilan kerajaan dan negara, sekaligus mewujudkan darurat, menjadi medan terbaiknya untuk melarikan diri daripada menerima akibat setelah dia tidak mampu lagi menahan hawa nafsunya yang terlalu membara.

Hasutan demi hasutan dibuat terhadap golongan pelajar tersebut. Sesuatu yang membezakan antara pelajar-pelajar di Amerika Selatan dengan pelajar-pelajar di Malaysia ialah, kebangkitan pelajar-pelajar di Amerika Selatan mempunyai asas-asas yang kukuh terutama sekali yang membabitkan kesukaran mereka untuk melanjutkan pelajaran, khususnya kerana prasarana pendidikan yang tidak dibangunkan oleh kerajaan.

Sedangkan pelajar-pelajar Malaysia yang cuba bangkit merusuh pula, langsung tidak mempunyai asas untuk berbuat begitu. Kebanyakan daripada pelajar-pelajar yang terbabit adalah pelajar-pelajar Melayu-Bumiputera. Kemasukan mereka ke pusat-pusat pengajian tinggi, adalah berdasarkan kepada status Melayu-Bumiputera semata-mata, bukan kerana merit walaupun mereka teringin hendak mengaku merit adalah sebabnya.

Pertemuan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan Anwar Ibrahim yang diadakan di rumahnya di Bukit Segambut  sudah cukup untuk membuktikan bagaimana terdesaknya Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan punggungnya. Anwar memerlukan pembabitan kaum pelajar dalam kesnya, sekurang-kurangnya untuk menimbulkan huru-hara dan persepsi di lapangan masyarakat.

Berbanding dengan kerajaan atau UMNO mahupun parti-parti komponen BN yang lain, Pakatan memberikan perhatian dan galakan khusus kepada kaum pelajar untuk mempamerkan tentangan terhadap kerajaan. Tujuan sebenar kaum pelajar dihantar ke pusat-pusat pengajian tinggi tidak pernah dititikberatkan oleh Pakatan. Pakatan lebih berminat dengan kaum pelajar yang mampu terbabit dalam politik sepenuhnya berbanding pelajaran.

Seperti juga Anwar Ibrahim yang tidak berminat dengan pelajaran dan tidak pernah menghabiskan pelajarannya, tetapi mahu digambarkan sebagai seorang yang bijak, acuan tersebut turut dikenakan ke atas kaum pelajar yang condong kepada Pakatan Rakyat.

Dek kerana itulah, Anwar semakin kuat menghasut kaum pelajar (mahasiswa) agar lebih ramai pelajar universiti yang mampu menggantikan tempatnya, iaitu pencetus dan penghasut kepada kekacauan, huru-hara serta ketidakstabilan negara, bukannya mendidik pelajar (mahasiswa) ke arah menjadi agen pentransformasi legasi kepimpinan negara akan datang !!

Adaptasi daripada : My KMU.Net

Jangan Susahkan Najib !!

"Saya berpegang teguh pada sumpah yang dilafazkan pada April 2009. Saya percaya, sumpah yang saya angkat itu, mempengaruhi saya bukan sahaja sebagai Perdana Menteri tetapi juga sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN), Presiden UMNO dan yang paling penting, sebagai seorang insan yang begitu bangga menjadi rakyat Malaysia.''

Itulah yang dicoretkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blog beliau www. 1malaysia.com.my baru-baru ini.

Sememangnya tiada siapa pun boleh menafikan, Najib seperti mana kata beliau telah melakukan yang terbaik untuk rakyat semenjak dua tahun setengah memegang jawatan Perdana Menteri.

Perlu diingat Najib menjadi pemimpin nombor satu negara bukanlah dalam situasi yang mudah, beliau melangkah masuk ke Pejabat Perdana Menteri dalam keadaan politik UMNO dan BN berada di kedudukan cukup tidak selesa.

Sementara UMNO kehilangan kuasa di Kedah, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor serta terus gagal menawan Kelantan, BN pula kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan terlepas kekuasaan di Pulau Pinang.

Malahan Najib mempunyai tanggungjawab cukup berat bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN. Apa yang berlaku dalam pilihan raya umum lalu, seolah-olah satu isyarat jelas kepada BN bahawa rakyat mampu menolak parti berkenaan, biar pun mereka menyedari BN sudah banyak berjasa kepada rakyat dan negara.

Berikutan itu, siang dan malam, Najib dengan dibantu Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memerah otak bagi memulihkan keadaan sama ada dari sokongan politik, ekonomi mahupun sosial.

Justeru muncullah satu demi satu langkah transformasi dalam semua bidang bagi membolehkan BN kembali meraih sokongan rakyat. Program Transformasi Politik (PTP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dilihat lambang kesungguhan Najib dalam mentadbir negara.

Ini belum lagi mengambil kira bagaimana Najib dan Muhyiddin sanggup turun ke bawah bertemu rakyat melalui program 'walkabout'. Setiap lapisan rakyat ditemui dan pelbagai kaum didekati, masalah mereka didengari serta diselesaikan.

Walaupun menghadapi pelbagai tekanan, tohmahan dan kerenah pembangkang yang semakin ghairah mencari kuasa politik, namun ia tidak mampu menggugat ketekunan Najib.

''Tak kira apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab mengenai saya, keluarga saya atau pentadbiran saya, namun apa yang pasti saya telah berusaha pastikan setiap keputusan yang saya ambil sebagai Perdana Menteri adalah yang terbaik mungkin,'' kata Najib.

Bagaimanapun segala usaha Najib boleh tergugat jika BN dan UMNO tidak mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya umum atau paling penting mengekalkan kuasa.

Buat masa ini tidak dapat dinafikan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan Najib semakin meningkat dan imej kerajaan BN semakin melonjak.

Namun begitu, ia bergantung sejauh manakah pemimpin UMNO dan BN berusaha mengekalkan momentum sokongan berkenaan dengan memastikan ia diterjemahkan dalam bentuk undi.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO, mereka tidak boleh lagi bersikap hipokrit dengan mengamalkan "politiking" sesama sendiri. Mereka sudah berjanji dan melafazkan ikrar taat setia untuk patuh kepada apa juga keputusan pucuk pimpinan mengenai calon.

Siapa sahaja yang akan dipilih sebagai calon melalui kriteria calon boleh menang (winnable candidate), maka mereka perlu patuh dan taat serta bekerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon berkenaan.

Berbanding 2008, UMNO dikatakan jauh lebih selesa untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini, malahan dilaporkan juga orang Melayu yang sebelum ini menolak UMNO sudah kembali kepada parti itu.

Justeru pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat tidak harus menyusahkan Najib dengan mengamalkan budaya "cah keting" atau "tikam belakang" sehingga memungkinkan parti itu tewas dalam pilihan raya umum nanti.

Begitu juga dengan mereka yang sudah lama memegang jawatan dan tidak mampu lagi menggalas tanggungjawab tersebut.

Cerminlah diri, apakah benar kita calon boleh menang seperti mana ditetapkan oleh Perdana Menteri, jika tidak berundurlah dengan sukarela, jangan menyusahkan Najib sehingga beliau terpaksa menghantar wakil untuk "majlis pujuk memujuk."

UMNO tidak ada masa untuk semua itu, kalau merasakan pemilihan kita hanya akan menyebabkan parti akan kalah maka bersikap terbukalah dengan menyokong calon yang dipilih parti, apa yang penting parti menang.

Bagaimanapun istilah "jangan menyusahkan Najib" ini bukan eksklusif untuk UMNO sahaja malahan komponen BN juga perlu mengamalkan sikap yang sama.

Mereka juga tidak terkecuali untuk menyenaraikan calon boleh menang dan tidak boleh beranggapan syarat berkenaan hanya untuk UMNO sahaja. Berbanding UMNO, tanggungjawab komponen BN terutamanya MCA, MIC dan Gerakan jauh lebih berat.

Mereka perlu menyakinkan pengundi-pengundi bukan Melayu untuk kembali kepada BN dan dalam soal ini mereka harus mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menewaskan pembangkang termasuklah di Pulau Pinang.

Janganlah mengamalkan sikap menyerah kalah sebelum berperang terutamanya di Pulau Pinang yang kini dikuasai oleh DAP yang bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

Komponen BN harus berusaha memberikan penjelasan kepada golongan bukan Melayu mengenai usaha yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Najib untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

Hakikatnya, rakyat sudah melihat kesan daripada gagasan 1 Malaysia yang menyaksikan kerajaan di bawah kepimpinan Najib berusaha meringankan beban mereka dalam segala segi.

Pelbagai peruntukan dan bantuan yang disalurkan sudah jelas menunjukkan kemampuan kerajaan BN dalam memenuhi hasrat rakyat dan ia berbeza sama sekali dengan pakatan pembangkang yang ada pada masa ini yang masih belum mampu menyelesaikan banyak janji mereka dalam pilihan raya umum lalu.

''Tiada siapapun yang mempengaruhi kita, tiada siapapun yang mendesak kita. Kerajaan ini membuat keputusan atas kehendak dan fikrah sendiri dengan memulakan proses islah dan penambahbaikan.''

Penegasan Najib ini boleh dijadikan sandaran supaya rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang kononnya apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah atas desakan mereka.

Sedangkan semua orang tahu bagaimana kemampuan pakatan pembangkang apabila diberi peluang memerintah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Perak (selama 11 bulan).

Kemenangan besar BN pilihan raya umum akan datang amat penting bagi membolehkan Najib dan kerajaan melaksanakan lebih banyak agenda bagi membangunkan negara.

Oleh itu terapkan semangat "jangan susahkan Najib" kerana ia amat penting bagi memastikan niat murni dan ikhlas beliau memimpin negara ini tercapai.

Berilah sokongan sepenuhnya dan berusahalah dengan gigih supaya impian beliau melalui gagasan 1Malaysia yang berlandaskan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" mampu disempurnakan.


Pesan admin "Anak Muda Sayang Malaysia", bukalah mata bukalah minda. Jangan kerana satu dua perkara yang kita tak suka, hukuman itu kita jatuhkan pada semua perkara. Ingatlah pesan Najib dalam bukunya, "Jawapan Najib" - "Segala apa yang kita capai hari ini, segala apa yang telah kita bina selama ini, dan segala apa yang sewajarnya kita hargai hari ini, semuanya boleh pada bila-bila masa sahaja hancur musnah dalam sekelip mata." Fikir-fikirkan.

Adaptasi daripada : Blog MIK.

Dokumen Luar Tabi'e

Dahulunya beria-ria memperjuangkan negara Islam, sekarang pula negara berkebajikan. Mereka sendiri yang menolak, membuang, dan mentongsampahkan 'Dokumen Negara Islam' & 'Perjuangan Negara Islam mereka'. Alasan mereka "Negara Islam" TIDAK disebut di dalam Al-Quran !! Persoalannya, mengapa baru sekarang ?? Mengapa tidak dari dahulu lagi ?? Kami barisan Anak Muda Sayang Malaysia menolak perjuangan yang tiada pendirian !!


Pada 15 Muharram 1433 bersamaan 11 Disember 2011, bersamaan dengan peristiwa gerhana bulan, Haji Hadi melancarkan " Dokumen Negara Berkebajikan", satu lagi retorik manifesto pembangkang dalam menghadapi PRU-13 nanti. Dokumen yang sarat dengan pelbagai janji manis dan madah berhelah ni dijadikan modal terbaru kaum Anwarinas untuk mencapai nafsu serakah mereka ke Putrajaya !!

Persoalan pokoknya ialah, bolehkah "Dokumen Negara Berkebajikan" ini dipercayai ?? Jawapannya Jelas : Tidak Boleh !! Mengapa?? Ikuti Pembongkaran di bawah !!

Jangan lupa pada 12 November 2003, dalam menghadapi PRU-11, kaum Anwarinas ini jugalah yang mengemukakan "Dokumen Negara Islam" yang dilancarkan juga oleh Haji Hadi !! Tujuannya masa itu adalah antara lain untuk menentang konsep "Islam Hadhari" yang dibawa oleh YAB. Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diterima baik oleh bukan sahaja umat Islam dalam dan luar negara, malah diterima baik oleh bukan Islam . Ini dapat dilihat dalam ucapan-ucapan penerimaan oleh pemimpin MCA, MIC, Gerakan, PBS, dan lain-lain. Malah ianya diterima diperingkat antarabangsa sebagai satu gagasan yang dapat memartabatkan Islam di persada dunia.

Pembangkang kini tertekan dengan pendekatan "Islam Wasathiyah" yang dibawa oleh YAB. Perdana Menteri yang bertindak dan menjadi pemangkin kepada konsep "Gagasan 1Malaysia" dengan penekanan kepada dasar "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Diutamakan."

Konsep yang mengamalkan dasar Islam yang sederhana yang telah diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam bangsa Melayu. Konsep ini bukan sekadar retorik politik, malahan telah dipraktikkan dan dilaksanakan dengan pelbagai program dan projek seperti "Klinik 1Malaysia", "Kedai Rakyat 1Malaysia", "Bantuan Rakyat 1Malaysia", "Perumahan Rakyat 1Malaysia" dan pelbagai lagi.

Konsep 1Malaysia berteraskan "Islam Wasathiyah" ini telah meletakkan Islam sebagai agama tauhid yang praktikal dan kontemporari !! Malah konsep ini diterjemahkan dengan cara simbol mengangkat syahadah! DAN sebenarnya, Konsep 1Malaysia adalah bukti "kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat dan umat", dilaksanakan atas teras "Islam Wasathiyah !!" Ringkasnya, inilah Konsep Negara Kebajikan yang praktikal dan realistik !!

Berbalik kepada "Dokumen Negara Kebajikan PAS", isu utama yang teman sebut ialah soal kebolehpercayaan !! Betulkah mereka ini?? atau ianya sekadar satu lagi "gorengan politik" untuk menyedapkan telinga mendengar dan membuaikan nafsu machiavelli mereka ??

Teman menegaskan bahawa ini semua adalah sekadar retorik politik !! Malahan ianya langsung tidak boleh dipercayai dan wajib dicampak didalam longkang sahaja !!

Cuba ingat apa yang Haji Hadi dan pimpinan PAS sebut semasa pelancaran "Dokumen Negara Islam" pada 12 November 2003. Kalau mike lupa, biar teman ingatkan semula apa yang dijanjikan di dalam "Dokumen Negara Islam" tersebut :

"Konsep 'Membangun Bersama Islam' akan digarap dan dihayati untuk membina Negara Islam. Negara Islam menjamin kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup."

(lihat Dokumen Negara Islam cetakan pertama Oktober 2003).

Dan cuba lihat kembali ucapan Haji Hadi semasa melancarkan "Dokumen Negara Islam" tersebut :

"Dengan terbitnya dokumen Negara Islam ini akan terjawablah segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan oleh musuh-musuh PAS kononnya PAS tidak akan menubuhkan Negara Islam ; malah pernah dikatakan bahawa seluruh ahli-ahli PAS tidak pernah berniat sedikit pun untuk menubuhkan Negara Islam.

Sesungguhnya kewajipan menegakkan Negara Islam adalah sama penting dengan kewajipan melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang lain berpandukan kaedah fiqh yang ma'ruf."



Satu janji dan ucapan yang bisa memukau golongan yang mudah terpukau !!

Tapi tengok apa yang terjadi setelah mereka bersekongkol dengan parti cauvinis dan rasis DAP, dan atas persekongkolan luar tabi'e dan songsang itu mereka diberi ALLAH sedikit habuan kuasa dan kedudukan serta jawatan !!

Mereka sendiri yang menolak, membuang dan mentongsampahkan "Dokumen Negara Islam" & "Perjuangan Negara Islam Mereka." Alasan mereka kononnya "Negara Islam" TIDAK disebut didalam Al-Quran !!


Dalam Muktamar Agong PAS 2011, hanya lapan tahun selepas pelancaran "Dokumen Negara Islam", Haji Hadi membuat U-turn politik dengan pusingan 360 darjah membuang perjuangan menegakkan Negara Islam dengan kenyataan berikut" : 

"Kita mulakan dengan perlaksanaan negara kebajikan, itu (negara kebajikan) ada dalam Quran. Dia (Al Quran) tak sebut Negara Islam, dia (Al Quran) sebut Negara Kebajikan !!"

Dalam satu nafas sahaja, tiba-tiba Dokumen Negara Islam dicampak kedalam longkang atas alasan "
tidak ada didalam Al Quran !!" Mereka yang janjikan Negara Islam, mereka yang reka Dokumen Negara Islam, tiba-tiba mereka sendiri yang mencampak, membuang & mentongsampahkan "perjuangan Negara Islam" dan "Dokumen Negara Islam" mereka !!


Dan sekarang mereka rekayarsa pulak satu kitab baru dilabel sebagai "Dokumen Negara Kebajikan". Hanya untuk mengatasi Konsep Islam Wasathiyah yang menjadi teras Gagasan 1 Malaysia "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Di Utamakan."

Persoalannya ialah, kalau mereka boleh buat U-turn pusingan 360 darjah membuang 'Dokumen Negara Islam' atas alasan tidak ada didalam Al-Quran dan menggantikannya dengan 'Dokumen Negara Kebajikan', apakah yang akan menghalang mereka nanti untuk membuang 'Dokumen Negara Kebajikan' dan menggantikannya dengan dokumen negara entah apa kejadah lagi !!

Dan setelah berpuluh tahun wujud, setelah bertahun-tahun diberikan peluang menjadi Kertajaan Negeri, setelah diberi habuan menjadi YB-YB dan Ahli Parlimen, adakah yang mereka mampu lakukan hanya dengan sekadar mendatangkan buku dan dokumen sahaja? Dari 'Dokumen Negara Islam', kepada 'Buku Jingga', kepada 'Dokumen Negara Kebajikan', dan entah apa lagi selepas ini.

Adakah nanti bila parti DAP berkuasa, mereka akan melancarkan pulak buku 'Dokumen Negara Cauvinis', dan jika sosialis berjaya, mereka lancarkan pulak 'Dokumen Negara Komunis'. Dan apa jadi kalau Anwar Ibrahim ditabal sebagai Perdana menteri, adakah Haji Hadi akan lancarkan 'Dokumen Negara Sodom', 'Dokumen Negara Liwat', 'Dokumen Negara ChinaDOLL'?

Ringkasnya, 'Dokumen Negara Kebajikan' ini hanya membuktikan satu perkara. Kaum Anwarinas ini adalah kaum yang sanggup menjadi parasit dan pelacur politik kalkatus murahan semata-mata untuk menghalalkan matlamat mereka untuk menduduki kerusi kekuasaan Putrajaya demi memenuhi nafsu serakah mereka. Jangan lupa yop, inilah kaum yang sama nak menjual dan melelong Putrajaya tidak berapa lama dahulu !!

Ketuk kepala, tanyalah kepala otak masing-masing. Berapa lama nak kena tipu dan dibohongi dengan putar belit kaum ini yop !!

Semoga Allah S.W.T memelihara iman, aqidah dan akhlak kita semua. Insyaallah.

Sumber : Zulkifli Nordin (Officially).

Gempar !! Zulkifli Nordin telanjangkan dalang 13 Mei !!

PENGUNGKAIAN proklamasi-proklamasi Darurat oleh YAB. Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dalam membongkar dan menelanjangi semaunya Lim Kit Siang dan DAP, parti yang didakwa oleh beliau sebagai pencetus kepada peristiwa berdarah 13 Mei hingga merenggangkan dan memecahbelahkan orang-orang Melayu dan Cina di Negara ini.

Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Ibrahim Ali sewaktu Ahli Parlimen Pasir Pas itu sedang membahaskan usul mengambil peluang secukupnya membelasah Lim Kit Siang dan DAP walaupun perbahasannya cuba disekat oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu dan semua Ahli Parlimen DAP termasuklah rakan mereka daripada PAS dan PKR berdiam diri apabila Zulkifli Nordin menyerang bertubi-tubi. Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.

Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR yang majoritinya orang Melayu.


Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia berpaksikan slogan mereka "Malaysian Malaysia" dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama.

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka                dijadikan perkakas oleh DAP. Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu. Melayu yang semakin lupa Allah S.W.T itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahan baru dalam negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP yang akan menggerakkannya, Melayu hanya akan menjadi patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini :

Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan hingga menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau ini merupakan tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 sehingga membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah "Malai si". "Malai si" ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat sebelum ini. Ini antara kenyataan yang mereka keluarkan pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu."

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, "Mati Melayu", kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu.”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya." Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa." Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu : “...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.” Pada 12 Mei Jalan Canvel,  "Butuh Melayu, Malai Si, pergi mati Melayu." Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat Ipoh Timur antara dalang pencetus 13 Mei supaya "walk the talk" menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969. Ini adalah sebahagian ucapan beliau (Zulkifli Nordin) di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita. Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura? Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu. Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita? Terpulang kepada kita. Sama-samalah kita renugkan.

Sumber : Sanggah Tok Janggut.